Profil
PT. Hujan Emas (M) Sdn. Bhd. telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2008. Merupakan sebuah Syarikat Koperat Milik 100% bumiputera terdiri dari busines ahli keluarga. Ia adalah sebuah Perniagaan TULIN Yang menjalankan pengeluaran produk dari peringkat awal hingga akhir (A ke Z : dari penternakan, pembuatan produk hingga pemasaran) ia tidak bergantung 100% bahan dari pihak lain. Produk dihasilkan berdasarkan konsep inovasi, kreativiti dan pengalam hidup turun temurun. Membuat R&D dengan idea-idea sendiri melalui pengalaman dan pergaualan berbagai bangsa dan Rahmat dari Tuhan semasta alam.
PT. Hujan Emas (M) Sdn. Bhd. telah menjalankan operasi di luar Negara. Mengekspot produk ke NegaraThailand, China, Hong Kong dan Republik Indonesia dan mendapat sambutan yang mengalakan dari para penguna di dalam dan di luar Negara.
PT. Hujan Emas (M) Sdn. Bhd. telah mengeluarkan empat produk berikut:-
1. Baja Cairan N.P.K & Organik (Cap Cenderawaseh) Konsep Air & Konsep BioTech. Baja ini sangat sesuai untuk semua tanaman yang berdaun dan telah diperakui secara saintifik oleh SIRIM.QAS International dan Standard Nasional Indonesia (SNI)
2. Produk kosmetik keluarga bahagia – Minyak Tembakul Kanda Power, sejenis minyak untuk urutan sakit otot, sakit sendi, membaiki perjalanan darah serta baik untuk merawat lemah tenaga kelelakian.
3. Produk kosmetik untuk wanita – Krim De Mon Tok, sejenis krim penjagaan payudara untuk membaiki peredaran darah dan membantu mencegah kanser prostat payudara.
PT. Hujan Emas (M) Sdn. Bhd. Telah mengembangkan usaha syarikat ini sehingga tertubuhnya PT Bumi Riau Permata, sebuah Syarikat Perusahaan Terbatas di Kabupatin, Kepulauan Meranti, Riau, Republik Indonesia.
PT. Bumi Riau Permata adalah sebuat Syarikat Koperat yang menjalankan usaha impot dan ekspot perladangan kelapa sawit, batu bara emas dan perkilangan di Dumai.
Batu Belah Batu Bertangkup adalah Anak Syarikat PT Hujan Emas (M) Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Parit Jawa Muar, Johor, Malaysia. Ia adalah syarikat khusus sebagai Pembuat & Pengeluar produk keluarga bahagia keluaran orang kampung dengan kerjasama kawasan Rukun Tetangga Parit Tarom, Muar.
